BERIKUT ADALAH SOALAN-SOALAN YANG SERING DIAJUKAN OLEH AHLI RELOADSMS.BIZ DAN JUGA INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR
1] Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar sebagai AGEN AAMOBILETOPUP?
TIDAK PERLU. Anda boleh menggunakan no. telefon yang sedia-ada atau yang anda gunakan sekarang untuk pendaftaran TETAPI hanya nombor Celcom, Maxis & Digi SAHAJA yang boleh digunakan untuk mendaftar dengan kami. Namun sekiranya anda ingin menggunakan talian atau nombor telefon yang baru atau menggunakan nombor dari talian selain celcom,maxis dan digi, anda boleh menggunakan nombor baru.
2] Adakah cara lain untuk agen melakukan transaksi selain daripada menggunakan SMS?
YA. Anda boleh menggunakan Yahoo Messenger (YM) atau Gtalk. Untuk membolehkan anda menggunakan YM atau Gtalk untuk jualan, anda bolehlah menghubungi careline untuk mendaftarkan YM dan Gtalk anda dengan server.
3] Jika saya tersalah memasukkan nombor telefon pelanggan ketika membuat jualan, adakah kredit tersebut boleh ditarik(rollback) ?
TIDAK BOLEH. Jika anda telah menghantar transaksi jualan tambah nilai ke server dan berstatus berjaya, kredit tambah nilai tersebut tidak dapat ditarik (rollback). Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerugian yang dinyatakan. Pastikan nombor telefon pelanggan diisi dengan betul dan disemak berulang kali sebelum dihantar ke server
4] Adakah modal kredit jualan server mempunyai had atau tempoh sah?
TIDAK ADA. Modal kredit jualan server tidak mempunyai had, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Jika modal kredit jualan anda tidak mencukupi, anda hanya perlu membuat penambahan modal bagi membolehkan anda terus melangsungkan jualan kepada pelanggan.
5] Adakah server beroperasi 24 jam?
YA. server beroperasi selama 24 jam @ 365hari secara automatik. Anda boleh melakukan urusan jualan dimana sahaja dan pada bila-bila masa.
6] Berapakah tempoh masa menunggu untuk satu transaksi jualan diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 20 saat. Transaksi yang mengambil tempoh melebihi 10 minit tidak akan diproses. AGEN akan mendapat SMS permberitahuan samada status transaksi ke nombor pelanggan anda berjaya atau gagal.
7] Adakah pihak syarikat membenarkan penggunaan nombor pascabayar(postpaid) untuk pendaftaran?
YA. Sekiranya anda menggunakan talian pascabayar Celcom, Maxis atau Digi.
8] Adakah saya perlu memperbaharui pendaftaran pada setiap tahun?
TIDAK. Pendaftaran adalah SEKALI SAHAJA seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui.
9] Berapakah tempoh masa yang diambil bagi penambahan modal jualan ke akaun modal ahli AAMOBILETOPUP?
Dalam tempoh 4jam dari saat anda menghantar sms claim deposit ke server. Masa diperlukan untuk menyemak kesahihan maklumat pembayaran yang diterima. Pastikan maklumat yang di berikan adalah tepat dan mengikut resit yang dikeluarkan pihak bank..Sila hubungi talian HELPLINE AT! sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.
10] Saya ialah seorang pelajar. Bolehkah saya mendaftar sebagai ahli RELOADSMS.BIZ?
BOLEH. Selagi tidak menganggu prestasi dan fokus pembelajaran anda, kami tiada sekatan kepada anda untuk menjana pendapatan sampingan.
11] Adakah RELOADSMS.BIZ boleh dipercayai?
Sila rujuk maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai kesahihan syarikat kami. Kami sangat mengalu-alukan individu membuat laporan polis sekiranya berlakunya penyelewengan atau penipuan.
12] Saya tidak mahu menjual topup, tetapi saya mahu mendaftar untuk kegunaan sendiri. Adakah pihak server membenarkannya?
Ya, anda dibenarkan mendaftar sebagai ahli RELOADSMS.BIZ. Kami tidak menghalang mana-mana individu yang hendak mendaftar dan hanya menggunakan modal yang ada untuk kegunaan sendiri sahaja. Bahkan anda boleh berjimat sekiranya berbuat demikian :)
13] Adakah saya perlu menggunakan nombor center server yang berlainan mengikut talian yang ingin di tambah nilai(jika topup mengunakan SMS)?
TIDAK. Anda hanya perlu menggunakan SATU nombor center sahaja untuk tambah nilai apa jua jenis talian pelanggan anda. Contohnya, anda mendaftar nombor celcom dengan server, jadi anda hanya perlu pilih salah satu nombor center celcom kami dan hanya gunakan satu nombor center itu sahaja untuk topup apa jua nombor(tidaka kira lah maxis/digi/umobile/etc)
14.Bagaimana dengan modal perniagaan?
Modal di dalam akaun topup anda mestilah mencukupi nilai yang ingin diniagakan. Contoh:Jika anda ingin topup sebanyak RM3 kepada pelanggan, baki di dalam akaun topup anda mestilah mencukupi atau melebihi RM3.
15.Adakah akaun topup sama dengan kredit handphone saya?
Tidak, akaun topup tidak sama dengan kredit handphone anda. Jika anda menpunyai baki di dalam akaun topup dan ingin menjalankan urusniaga, anda juga perlu mempunyai kredit handphone anda untuk menghantar sms kepada server. (Sms kepada serve sama seperti anda sms kepada handphone lain, ia memerlukan kredit..Jika menggunakan YM, )
16.Bagaimana keuntungan saya peroleh?
Keuntungan akan dikreditkan terus kepada akaun topup anda ketika urusniaga dijalankan. (Katakan anda mempunyai baki di dalam akaun topup anda sebanyak RM10 dan anda ingin topup Celcom kepada pelanggan sebanyak RM5, selepas topup kepada pelangan, anda akan dapati akaun topup anda tinggal sebanyak RM5.15. Sepatutnya RM5, ini bermakna server akan tolak hanya RM4.85 dari akaun topup anda tadi bukan RM5)
17.Apa yang biasa menyebabkan urusniaga topup gagal?
Urusniaga tpup gagal disebabkan hal-hal berikut:
· Prepaid Handphone anda habis.
· Modal credit anda habis.
· Password anda sedang diblock
· Password anda salah.
· Kod produk salah.
· No. Tujuan tidak benar.
· Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
· Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
· Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.
18. Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan urusniaga topup lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Tidak boleh. Ini kerana system akan block, dikuatiri masuk 2x dengan nilai dan no hp yang sama. Sila rujuk di ruangan format transaksi untuk keterangan lanjut
19.Adakah menggunakan 1 telefon bimbit sahaja sudah boleh menjual semua produk?
Ya, hanya dengan 1 pendaftaran dan 1 no agen sahaja, anda sudah boleh menjual produk maxis, celcom, digi, iTalk dan uMobile.
20.Yuran dan modal tu sekali bayar je ke?
Yuran bayar sekali seumur hidup. Tp, modal tu tidak. Yuran dan modal lain.
Yuran bank-in ke sy.... Modal bank-in ke server.
Modal tu kirenye mcm kite topup kt server.
Contohnye, kite nk tambah modal(topup) ke server RM50,
Kite jual celcom(rm10) dgn harga asal ke cust, tp server cas kita harga agen.
Contoh: Jual(RM10), Harha agen(RM9.50) - Ni contoh je taw...
so, yg lebih2 tu dah jadi untung kite... bile campur, jadi banyak !
21. Kalau habis jual topup kene tambah modal ke?
Ya... lepas habis jual, kene tambah modal.
22.Kalau saya nak jual topup untuk celcom sahaja boleh?
Boleh je... tp kenape xnak jual semua.. kan lebih untung... tak seme orang gune celcom kan...
23. Tak faham la sal yuran tu? ape beza ngan modal?
Yuran tu yuran pendaftaran yg akan di bank-in ke saya.
Modal tu untuk modal jualan yang akan dibank-in ke server.
24.Kalau orang nak topup, kene hantar msj ke server dulu ke? Tak boleh terus topup kt dia ke?
Ya. Kene anta msj ke server....
mcm kt kedai pown, kalau kite nk topup yg e-load punye(xde card), org kedai tu pown wat bende same jgk
anta msj ke server,bukan die topupkan sendiri je...melainkan kalau nk transfer kredit kalu transfer kredit, xperlu nk buat jual topup.... just pegi kedai n topup banyak... pastu jual kt org, camtu je...tp xde untung laa
25. Boleh sediakan tutorial?
Tutorial? Anda akan dimasukkan ke dalam grup rahsia di facebook selepas pendaftaran.Segala cara2 topup dan format SMS yg lain, sudah saya lengkapkan.
26. Macam mana nak dapatkan komisyen dr jualan downline tu??
sbg contoh kite akan gune situasi, baki sy skrg ialah rm50...lepas tu, awak jual topup....n ktekan la, lepas dikumpul2, sye dpt komisyen RM2 dr awak
so, server akan update baki sy jadinye baki sye rm52
sbg contoh kite akan gune situasi, baki sy skrg ialah rm50...lepas tu, awak jual topup....n ktekan la, lepas dikumpul2, sye dpt komisyen RM2 dr awak
so, server akan update baki sy jadinye baki sye rm52
27. Id tu mane nak dapat @ buat sendiri????
Id tu pihak server yg akan sms awak lepas pendaftaran diapprovekan
Id tu pihak server yg akan sms awak lepas pendaftaran diapprovekan
No comments:
Post a Comment